KULIM, 29 Julai 2025 โ€“ Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kehadiran seramai 803 pelajar baharu bagi Sesi I 2025/2026 dengan peningkatan ketara direkodkan bagi program-program kejuruteraan.
Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah hari ini disempurnakan oleh Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah PTSB yang turut menyampaikan amanat dan harapan kepada pelajar baharu.
ย 
โ€œPegang teguh pada niat dan tujuan asal anda hadir ke PTSB. Di sinilah titik tolak untuk membina masa depan dan ia perlu dimulakan dengan nilai dan adab yang betul,โ€ ujar beliau.
Beliau menegaskan bahawa kecemerlangan pelajar tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata malah perlu diasah dengan daya fikir yang kritis dan dihiasi dengan sahsiah terpuji supaya mampu tumbuh sebagai insan yang kamil.
โ€œKuasai kecanggihan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Augmented Reality (AR) tetapi pastikan teknologi kekal dipandu oleh nilai kemanusiaan bukan sebaliknya,โ€ tambah beliau.
ย 
Dalam konteks perkembangan semasa, Hajah Norlili turut menyeru pelajar agar sentiasa peka terhadap keperluan industri dan komuniti serta bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pekerjaan.
Sementara itu, Norsyahidan Mohamad Yusof selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa MTS, memaklumkan bahawa trend peningkatan pengambilan pelajar dalam bidang kejuruteraan merupakan satu perkembangan yang amat memberangsangkan.
ย 
โ€œMinat terhadap bidang teknikal semakin meningkat khususnya dalam Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik dan Awam. Ini mencerminkan keyakinan generasi muda terhadap potensi kerjaya dalam sektor industri teknologi dan kejuruteraan,โ€ katanya.
MTS yang berlangsung selama seminggu merupakan platform orientasi pelajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu selain memahami sistem pembelajaran politeknik serta membentuk identiti sebagai pelajar TVET yang berkualiti dan berdaya saing.
ย 
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
ย