KULIM HI-TECH, 6 Ogos 2025 โ€“ Dalam era serba digital dan pantas ini, amanah bukan lagi sekadar soal menyelesaikan tugasan di meja kerja tetapi bagaimana setiap tindakan mencerminkan nilai dan integriti individu. Itulah antara intipati penting yang diketengahkan dalam Sesi Khas Pengarah Bersama Staf Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang berlangsung di Dewan Muโ€™adzam Shah, hari ini.
Sesi ini membuka ruang komunikasi terbuka kepada barisan pengurusan tertinggi untuk menyampaikan amanat penting kepada seluruh warga kerja PTSB demi kelestarian budaya kerja mengikut amalan yang terbaik.
Dalam sesi tersebut, beberapa perkara utama telah disentuh oleh barisan pengurusan tertinggi.
Dr. Hj. Samsul Abd. Rashid, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, menekankan kepentingan tatasusila di media sosial dan menyeru agar semua staf lebih berhemah dalam membuat hantaran di akaun media sosial peribadi.
โ€œSaya yakin setiap staf PTSB bijak menguruskan akaun media sosial masing-masing. Namun, elakkan membuat hantaran yang boleh mengundang salah faham atau memberi kesan negatif kepada institusi,โ€ ujar beliau.
Selain itu, aspek keselamatan kawasan kuarters, pengurusan parkir dan kebersihan persekitaran PTSB turut menjadi tumpuan. Beliau juga memaklumkan bahawa liputan wifi kini telah mencapai 100% di seluruh kawasan PTSB sebagai usaha mempertingkatkan kemudahan warga kerja dan pelajar.
Sementara itu, Dr. Mohd Nor Azam Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik pula merakamkan penghargaan kepada semua pegawai yang bertukar jawatan ekoran kenaikan pangkat dan berpindah keluar atas dedikasi serta komitmen dalam menjayakan agenda akademik PTSB. Beliau turut menekankan pentingnya kolaborasi jabatan dan unit dalam merealisasikan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) institusi.
Agenda kemuncak majlis, Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah PTSB mengajak seluruh staf untuk menghayati nilai dan prinsip kerja berlandaskan mantra POLYCC sebagai panduan utama.
โ€œKita perlu tanam niat yang sebenar dalam menjalankan tanggungjawab. Prinsip โ€˜Itqan fil โ€˜amalโ€™ bersungguh-sungguh dalam pekerjaan serta โ€˜Wal birru wa taqwaโ€™ berbuat kebaikan dengan penuh keikhlasan adalah wadah yang wajar kita pegang bagi membentuk identiti kita sebagai penjawat awam yang amanah,โ€ tegas beliau.
Sesi khas ini dilihat sebagai platform penting dalam memupuk kesepaduan, memperkukuh komunikasi dalaman serta memperteguh iltizam seluruh warga kerja dalam mendukung aspirasi POLYCC secara bersama.
ย 
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)