SEBERANG PERAI UTARA, 9 Ogos 2025 โ Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta lima institusi pengajian tinggi dari Indonesia telah menjayakan Program TVET CSR: I Love SDG di Taman Bertam Putra di sini, hari ini.
Turut hadir menyantuni delegasi Indonesia ialah Haji Mohd Ruzi Hamzah, mantan Pengarah PTSB.
Inisiatif ini menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menanam lebih banyak pokok menjelang Oktober 2025 dengan PTSB memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan misi tersebut.
Program dimulakan dengan penanaman pokok, diikuti lawatan ke Unit Upcycle MPSP untuk mempelajari kaedah kitar semula kreatif, sebelum peserta dibawa ke Pusat Pendidikan Hijau di Tasek Gelugor bagi memahami konsep pengurusan lestari.
Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah PTSB berkata, program ini mendidik generasi muda tentang tanggungjawab menjaga alam.
โSelain berbakti kepada alam, kita mahu menerapkan nilai yang cukup murni kepada anak-anak pelajar, generasi yang akan mewarisi dunia untuk generasi akan datang,โ katanya.
Tuan Mohd Ibrahim bin Md Nor, Setiausaha Bandaraya MBSP, ketika ditemui berkata, program ini turut mengukuhkan hubungan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang pendidikan TVET serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan agenda pengantarabangsaan POLYCC.
ย
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)





