BATU KAWAN, 10 Ogos 2025 โ International Conference in EducationโTechnical & Vocational Education & Training (iCiE-TVET) 2025 yang berlangsung semalam secara hibrid di The Ship Campus, Pulau Pinang telah menghimpunkan 269 penyelidik termasuk 139 peserta antarabangsa, menjadikannya medan strategik untuk memacu inovasi dan kerjasama akademik rentas sempadan.
Dirasmikan oleh Dr. Shamsuri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), persidangan ini menjadi wahana untuk mengukuhkan agenda pengantarabangsaan pendidikan TVET.
โiCiE-TVET mencerminkan usaha kita untuk menempatkan Malaysia sebagai hab global pendidikan TVET melalui peranan proaktif POLYCC dalam pertukaran akademik dan kolaborasi antarabangsa,โ ujar beliau.
Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Politeknik Cendana, Indonesia; Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB); Sekolah Tinggi Ilmu Manajemen (STIM) Sukma, Indonesia; Politeknik METrO Tasek Gelugor dan Kolej Komuniti Arau.
ย
Tiga pembentang utama tampil dalam persidangan ini iaitu:
1) Datoโ Seri Dr. Michael Tio, Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistics Group
berkongsi mengenai Quintuple Helix Model untuk Malaysia sebagai hab logistik ASEAN.
2) Prof. Dr. Ir. Supriyanto, M.Sc., IPM, UPN Veteran Jakarta
membentangkan topik Keselamatan rangkaian dalam pendidikan TVET.
3) Dr. Fumitake Kato, NIT Ibaraki College, Jepun
diundang secara dalam talian dengan topik pembentangan mengenai perkembangan teknologi pemprosesan imej dalam industri.
ย
Penyertaan persidangan pada kali ini merangkumi bidang kejuruteraan, pendidikan, perdagangan, pelancongan dan sains sosial dengan Sains Sosial mencatat jumlah penyertaan tertinggi sebanyak 86 kertas penyelidikan.
ย
Pemenang Anugerah Kertas Terbaik iCiE-TVET 2025:
โข Kategori Pendidikan
Vina Yuliana
The Effect of Gamification on Learning Motivation of Students
โข Kategori Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Dr. Nor Aizam binti Muhamed Yusof
Development of 4 Bit Digital to Analog Converter (DAC) Training Kit
โข Kategori Kejuruteraan Mekanikal
Dr. Siti Rozakiyah Assurin binti Hassan
Thermal-Driven Chip Evolution Under Hybrid-Coated Tool Engagement in Stacked Aluminium Systems
โข Kategori Sains Sosial
Shah Rol Hussain & Abdul Aziz Ishak
ย
Leading from Within: How Women Director and Technological Innovation Reshape Firm Performance
Tamara Ramadana
Assistance in Offline and Online Marketing Strategies for KJ Ratna Aceh Embroidery MSME to Enhance the Competitiveness of Local Products
ย
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan iCiE-TVET 2025. Semoga program seumpama ini terus mengangkat martabat TVET Malaysia di peringkat global.
ย
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
ย





