KULIM HI-TECH - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah melaksanakan Mock Pemantauan Kesepunyaan dan Keserakanan (PK&K) selama dua hari pada 12 dan 13 Ogos 2025 sebagai persediaan strategik menghadapi lawatan pemantauan sebenar yang dijadualkan berlangsung pada hujung Ogos ini.
Pelaksanaan mock pemantauan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PTSB untuk memperkukuh pengurusan institusi menerusi penambahbaikan berterusan dalam aspek kualiti penyampaian, produktiviti dan kecekapan.
Inisiatif ini turut berperanan menilai tahap pematuhan institusi terhadap peraturan, garis panduan, polisi dan arahan semasa yang sedang berkuat kuasa.
 
Pemantauan memberi fokus kepada tujuh skop utama:
1️⃣ Tadbir Urus Institusi
2️⃣ PSH Politeknik Kolaborasi dan Kebolehpasaran
3️⃣ Pengurusan Pengambilan dan Pembangunan Pelajar
4️⃣ Pengurusan Kewangan
5️⃣ Pemantauan ICT
6️⃣ Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti
7️⃣ Program, Infrastruktur dan Fasiliti
 
Sesi ini melibatkan seramai 23 orang auditor yang diketuai oleh Encik Muhd Muslim bin Abu Bakar dari Politeknik Seberang Perai berperanan memastikan PTSB kekal berada pada tahap terbaik dalam pengurusan, tadbir urus dan pencapaian standard yang ditetapkan oleh pihak berwajib.