BIM Challenge 2025 telah berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos 2025 di Politeknik Ungku Omar (PUO). Pertandingan berprestij berstatus antarabangsa yang menghimpunkan 45 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Pertandingan bermula dengan sesi saringan pada 4 Jun 2025 melibatkan tiga kategori iaitu Diploma/Sijil, Ijazah, dan Antarabangsa. Setiap peserta berentap dalam menghasilkan, menghubung dan menganalisis maklumat digital model-model projek pembinaan menggunakan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menghantar empat orang pelajar ke peringkat saringan dan seorang wakil berjaya melangkah ke peringkat akhir membuktikan bakat dan kemampuan pelajar PTSB di pentas antarabangsa.
Foto dan pelaporan:
Mohd Azmi Hambali
Nurul Syuhada Safaruddin
Jabatan Kejuruteraan Awam





