KULIM – Industrial Insight: Kemahiran dan Penyelesaian Masalah dalam Industri Pembuatan anjuran Industrial Expert Engagement Programme (IEEP), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), telah berlangsung dengan lancar bertempat di Bilik Dokumen 2, JKM.
Sesi ini menampilkan Dr. Koh Ngee Loke, Pengarah Sumber Manusia Ultra Clean Technology Malaysia Sdn. Bhd. yang berkongsi pengalaman dan strategi praktikal dalam menangani konflik di tempat kerja.
Seramai 20 pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) sebagai peserta telah didedahkan kepada pengisian terperinci yang menfokuskan aspek komunikasi berkesan, sikap profesional serta kaedah penyelesaian masalah dalam persekitaran industri pembuatan.
Azhar Fikri, selaku ketua jabatan menyifatkan perkongsian ini membuka minda peserta tentang pentingnya membina kemahiran komunikasi dan mengurus konflik secara matang agar mampu menyesuaikan diri dengan cabaran dunia pekerjaan.
Secara keseluruhan, program ini memberi impak positif dalam memperkukuh kemahiran insaniah pelajar khususnya dalam aspek penyelesaian masalah dan pengurusan konflik. Pendedahan sebegini diharap dapat membantu melahirkan graduan yang lebih berdaya saing, bersedia menempuh cabaran dan kekal relevan dengan keperluan industri pembuatan masa kini.
 
Foto dan pelaporan:
Norfadzillah binti Ismail
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal