ARA KUDA, 18 Ogos 2025 – Bayangkan tanaman vanilla yang biasanya tumbuh di kawasan tropika, kini dijaga dengan teknologi sensor pintar. Itulah pengalaman unik yang dirasai sembilan pensyarah dan lapan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) ketika melawat Kairos Vanilla Farm baru-baru ini.
Di ladang ini, vanilla tidak lagi hanya bergantung pada kaedah tradisional. Dengan sistem Internet of Things (IoT), suhu, kelembapan dan pencahayaan dipantau secara masa nyata, menjadikan setiap pokok seolah-olah mempunyai β€œdoktor peribadi” yang memastikan ia tumbuh dalam keadaan optimum. Hasilnya, kualiti vanilla dapat dipertingkatkan sekali gus memenuhi permintaan global terhadap komoditi eksotik ini.
Siti Hajar Ismail selaku pensyarah pengiring menyifatkan pengalaman ini sebagai pembelajaran luar bilik darjah yang membuka dimensi baharu kepada pelajar.
β€œTeknologi kejuruteraan tidak hanya relevan di kilang atau bengkel tetapi juga di ladang. Inilah bukti bagaimana kejuruteraan mampu mengubah landskap pertanian moden,” jelasnya.
Bagi pelajar, lawatan ini ibarat membuka pintu masa depan. Ada yang bercita-cita mencuba aeroponik di politeknik, ada yang melihat peluang menjana pendapatan melalui hidroponik malah ada yang terinspirasi untuk membangunkan projek penanaman sebagai latihan praktikal.
β€œSeronok! Saya lebih faham bagaimana vanilla boleh diurus secara moden,” respon seorang peserta dengan teruja.
Secara keseluruhan, aktiviti ini bukan sahaja memperkayakan ilmu pengetahuan pelajar tetapi juga berpotensi menjadi platform permulaan kepada projek penyelidikan dan kerjasama antara PTSB serta industri pertanian berteknologi tinggi.
Β 
Foto dan pelaporan:
Siti Hajar Ismail
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal