KULIM โ€“ Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan kerjasama Lotuss Store (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program ASPIRE: PTSB & LOTUSS bertempat di Dewan Muadzam Shah, PTSB.
Program ini menghimpunkan 220 pelajar Semester 5 Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Pemasaran (DPR) dengan pelbagai pengisian seperti taklimat industri, bengkel kemahiran, forum profesional dan aktiviti interaktif.
Hari pertama menampilkan Taklimat Pengurusan Rantaian Bekalan oleh Puan Sharipah Khadijah S. Hashim dan Encik Abd Aziz Ishak, Bengkel Mini Supply Chain Showdown, aktiviti Ice-Breaking Mahasiswa Dinamik serta Bengkel Komunikasi dan Etiket Profesional.
Hari kedua pula diteruskan dengan Taklimat Retail: Things You Should Know oleh Puan Suzana Muhammad, diikuti Forum Profesional bersama panel industri Lotuss secara dalam talian.
Majlis penutup disempurnakan oleh Dr. Mohd Nor Azam Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik PTSB.
Beliau menegaskan program ini bukan sahaja mengukuhkan kolaborasi industri tetapi juga meningkatkan ilmu, motivasi dan kemahiran insaniah pelajar.
Peserta, Nur Syafiqah Ahmad, berkongsi pengalamannya dengan penuh teruja.
โ€œSesi interaktif secara dalam talian memberi gambaran jelas cabaran kerjaya sebenar dan meningkatkan keyakinan diri saya.โ€
Secara keseluruhan, program ini berjaya memperkukuh hubungan institusiโ€“industri, membina keyakinan diri demi melahirkan graduan TVET yang kompetitif dan berdaya saing dalam pasaran kerja.
ย 
Foto dan pelaporan:
Farizoh Hamid
Jabatan Perdagangan