Kulim, 20 Ogos 2025 โ€” Majlis Perhimpunan Bulanan yang diserikan dengan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik. Acara ini menjadi wadah menyemarakkan patriotisme warga PTSB terhadap tanah air tercinta, Malaysia.
Dalam ucapan perasmian, Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah PTSB menyeru seluruh warga agar sentiasa memupuk nilai cinta negara serta menghayati erti kemerdekaan.
โ€œPesan pada diri, jangan sekali-kali kita abaikan Tonggak 12 Perkhidmatan Awam. Ia harus menjadi pedoman utama kerana nilai, etika dan integriti inilah yang akan menjaga maruah kita sebagai penjawat awam, titip beliau tegas dalam kelembutan.
Beliau turut menekankan pentingnya membudayakan keseronokan bekerja, menjaga ketinggian peribadi serta menghormati rakan sejawat tanpa mengira perbezaan gred jawatan.
Menurutnya, pegawai berjawatan tinggi seharusnya berperanan menyumbang idea, menggalakkan kerjasama dan mewujudkan suasana kerja yang harmoni serta kondusif.
Majlis ini bukan sahaja memupuk kebersamaan untuk menghayati erti kemerdekaan malah memperkukuh iltizam seluruh warga PTSB untuk terus berkhidmat dengan dedikasi demi agama, bangsa dan tanah air.
ย 
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
ย 
ย 
ย 
ย 
ย