26 Ogos 2025
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kunjungan Pemantauan Kesepunyaan & Keserakanan (PK&K) yang diketuai oleh Puan Siti Norhidayati binti Kamsari, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Governan dan Kecemerlangan, JPPKK.
Sesi ini melibatkan lapan auditor dengan fokus kepada tujuh skop utama termasuk tadbir urus, pengurusan pelajar, kewangan, ICT, kolaborasi, pembelajaran sepanjang hayat dan fasiliti bagi memastikan PTSB kekal cemerlang dalam pengurusan serta pematuhan standard ditetapkan.





