Rabu, 27 Ogos 2025
Sempena Bulan Kemerdekaan ke-68, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Kedah telah menganjurkan Program Kembara Budaya dan Bicara Kenegaraan: Aku Kasih Malaysia yang mengetengahkan penghayatan konsep Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
Program ini menyemarakkan semangat patriotik melalui pengisian seni, budaya dan nilai kenegaraan.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah PTSB.