JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUARA POLYLIMPIK PTSB EDISI KE-5 2018
3 Mac 2018 (Sabtu) – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Polylimpik edisi ke-5 2018 setelah menjadi naib juara pada dua (2) edisi sebelum ini (2017 & 2016). Acara yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 1 Mac 2018 telah melibatkan penyertaan peserta dari JKM. Wakil acara bowling telah menyapu bersih emas yang dipertandingkan pada hari pertama yang menaikan lagi semangat atlet-atlet yang lain untuk bersaing dalam acara masing-masing seperti bola sepak, bola jaring, memanah dan lain-lain di mana secara keseluruhannya telah menyumbang pingat kepada jabatan. Kontinjen kali ini di ketuai oleh Chef Demission En. Suhaizi Bin Ramli serta di bantu dengan sokongan penuh dan padu oleh pensyarah-pensyarah dari JKM di bawah pimpinan Ketua Jabatan En. Mohd Zamri Bin Hamid. Kejayaan ini juga diperolehi atas semangat juang yang telah ditunjukkan oleh pelajar yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh setelah menjalani latihan dan persediaan yang rapi. Diharap JKM dapat terus memberikan saingan pada edisi Polylimpik yang akan datang dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada penganjur MPP, JSKK, HEP serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi penganjuran kali ini. Jumpa lagi di edisi akan datang. GO HARD @ GO HOME…………