Ahad, 31 Ogos 2025
Sukarelawan YES! Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) meraikan Program Sinar Kemerdekaan 2025 di Rumah Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia, Kulim. Program ini dirasmikan oleh Norsyahidan bin Muhamad Yusuf, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSB dengan penglibatan lebih 30 sukarelawan bersama penghuni rumah berkenaan.
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik, kuiz kemerdekaan, persembahan pelajar serta perkongsian pengalaman oleh bekas perajurit. Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan dan sesi bergambar kenangan.
Foto dan pelaporan:
Muhammad Taufik Abdul Talib
JHEP





