25 Ogos 2025 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), PTSB telah mengadakan lawatan akademik ke Stesen Janakuasa Sungai Perak sebagai pendedahan kepada pelajar dan pensyarah memahami secara langsung operasi jana kuasa hidroelektrik serta kepentingannya dalam teknologi tenaga lestari.
Inisiatif ini bukan sahaja menghubungkan teori dengan aplikasi industri malah memupuk minat pelajar dalam bidang kejuruteraan tenaga hijau demi masa depan yang lebih mampan.
 
Foto dan pelaporan:
Zunainah Hamid
Jabatan Kejuruteraan Elektrik