Selasa, 2 September 2025 - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melalui Reskilling and Upskilling Centre (RUC) telah menandatangani kolaborasi rasmi bersama Ultra Clean Technology Sdn. Bhd. (UCT), hari ini.
Melalui kerjasama ini, seramai 17 kakitangan UCT akan mengikuti Program Sijil Profesional Mekatronik selama 3 bulan bermula 4 Oktober 2025, melibatkan kursus PLC, Mechanical Workshop Practice dan Electrical Technology sebagai usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja industri.
 
Foto dan pelaporan:
Hajah Sharizan binti Abdul Halim
Ketua RUC PTSB