Rabu, 3 September 2025 - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kunjungan delegasi Politeknik Bagan Datuk (PBD) diketuai oleh Encik Mohammad Zainal Akmal bin Ismail bersama enam pegawai dengan objektif meninjau dokumen ETAC serta melawat bengkel dan makmal di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat serta membantu PBD dalam persediaan menghadapi Lawatan Akreditasi ETAC. Tahniah kepada pasukan ETAC JKM & JKE PTSB atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.
 
Foto dan pelaporan:
Masniza Musa
Bahagian Akreditasi ETAC