KURSUS ASAS KECERGASAN BIL 1 2018 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
14 Februari 2018 – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menganjurkan Kursus Asas Kecergasan Bil 1/2018. Seramai 32 orang pensyarah terlibat pada kursus kali ini. Acara yang dianjurkan ialah pertandingan bowling berpasukan. Program ini bertujuan untuk memahami faedah dalam menjaga kecergasan dan kesihatan, dalam masa yang sama dapat mempraktik kaedah kecergasan dan kesihatan sepanjang hayat. Selain itu juga, peserta berpeluang mempraktikkan ilmu yang dipelajari secara teori dengan melakukan praktikal untuk menguji tahap pencapaian masing-masing. Program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan sekerja di mana komunikasi secara berkesan dan bersaing secara sihat dapat diwujudkan. Acara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh tuan Ketua Jabatan Mekanikal En. Mohd Zamri Bin Hamid. Secara keseluruhannya, objektif bagi kursus ini adalah tercapai.