Isnin -19 Mac 2018, Bertempat di Dewan Komuniti Junjung Kulim , telah berlangsung Majlis Penyerahan Laporan Kewangan Sage UBS. Majlis ini dirasmikan oleh Siti Rohani bt Ali, Ketua Jabatan Perdagangan PTSB  dan turut hadir Pn Salmiah bt Desa  Penolong Pengurus Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Kulim.

Program penyediaan laporan kewangan Sage UBS ini melibatkan 35 orang pelajar daripada program Diploma Akauntansi  semester 3 yang mengambil DPA3023. Tugasan ini bermula pada 16 Januari lagi dan berakhir pada 15 Mac 2018. Melibatkan 9 peniaga dikalangan Amanah Ikhtiar Malaysia dan juga komuniti Kulim Bandar Baharu.

Program ini telah memberi impak yang tinggi kepada pelajar, peniaga dan politeknik secara keseluruhannya. Program ini akan diteruskan  bagi setiap semester bagi memberi  kesan yang positif  pada  jangkamasa  panjang dan juga dapat membolehkan semua pihak merasakan ianya satu program yang  amat baik dan perlu dilaksanakan oleh semua polliteknik.

Majlis Penyerahan Laporan Kewangan Sage UBS Kepada Komuniti Amanah Ikhtiar Malaysia 20181-all1

Majlis Penyerahan Laporan Kewangan Sage UBS Kepada Komuniti Amanah Ikhtiar Malaysia 20181-all2

Majlis Penyerahan Laporan Kewangan Sage UBS Kepada Komuniti Amanah Ikhtiar Malaysia 20181-all3