Port Dickson β Enam pelajar Semester 1 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) membanggakan politeknik apabila berjaya mencatat pencapaian cemerlang di Pertandingan MathEureca STEM@PPD anjuran Politeknik Port Dickson.
Dalam acara Engineering Science Challenge: Robot Sloth, pasukan PTSB yang terdiri daripada Ahmad Danish Haikal bin Ahmad Zamri, Muhammad Umair bin Mohd Fadzil dan Nur Hanis Haziqah binti Hisham dinobatkan sebagai naib johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250.
Bagi kategori Water Rocket Challenge, tiga lagi pelajar PTSB, Muhammad Nurhakim bin Norisham, Muhammad Adam Luqman bin Roslee dan Auni Hayati binti Ahmad Nazri turut memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan.
Pasukan ini dibimbing oleh Puan Azlina binti Hassan, Encik Mohd Hafis bin Yunus dan Puan Nur Elyani binti Musa.
βKejayaan ini memberi keyakinan kepada kami untuk terus menghasilkan inovasi dalam bidang kejuruteraan. Kami belajar bahawa kerjasama pasukan adalah kunci utama dalam pertandingan seperti ini,β ujar Ahmad Danish Haikal.
Pertandingan MathEureca STEM@PPD bertujuan memupuk minat pelajar terhadap STEM, selain mengasah kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan inovasi. Dengan kejayaan ini, pasukan PTSB bertekad untuk terus menyertai lebih banyak pertandingan seumpama ini dan mengharumkan nama politeknik di peringkat lebih tinggi.
Β
Foto dan pelaporan:
Nur Elyani Binti Musa
Ketua Kursus Sains
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)





