BALIK PULAU – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berbesar hati menjadi sebahagian daripada jawatankuasa penganjur Karnival STEAM 2025 di SJKC Pulau Betong. Program ini merupakan inisiatif CSR untuk menarik minat pelajar sekolah rendah luar bandar khususnya keluarga B40 bagi mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering), Seni (Arts) dan Matematik (STEAM).
 
Sebanyak lima aktiviti interaktif dijalankan selaras dengan tema STEAM:
• DIY Soap Making (Science)
• Bengkel Canva (Technology)
• Fun With Robot (Engineering)
• Wonderwall Marble Run (Arts)
• Fun With Maths & SDG (Mathematics)
 
Program ini melibatkan 45 orang pelajar dan 11 orang guru SJKC Pulau Betong dengan sokongan 11 pensyarah dan 13 pelajar PTSB sebagai fasilitator.
Inisiatif ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu membina minat awal pelajar terhadap STEAM, menyokong pembangunan pelajar PTSB yang holistik serta memperkukuh hubungan PTSB dengan komuniti setempat.
 
Foto dan pelaporan:
Dr. Janet Ho Siew Ching