Ahad, 21 September 2025 - Pelajar Semester 5 Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM), Diploma Teknologi Pembuatan (DTP) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) berpeluang mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama Encik Mohammad Farouq bin Nasar, alumni Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang kini berkhidmat di Fuji Electric (M) Kulim Hi-Tech.
Beliau berkongsi pengalaman kerja di industri dan menggalakkan pelajar menyambung pengajian bagi meningkatkan peluang kerjaya. Pelajar turut digalakkan berhubung dengan alumni bagi mendapatkan nasihat atau bimbingan dalam menyediakan sesuatu tugasan atau projek.
 
Foto dan pelaporan:
Hajah Sharizan binti Abdul Halim
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal