LENSA LIPUTAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KE-19
 
Sidang 1 | 28 September 2025 (Ahad)
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) meraikan seramai 301 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dalam Sidang Pertama Majlis Konvokesyen Ke-19 yang berlangsung pada pagi ini.
Majlis penuh bermakna ini disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Shamsuri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK). Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan. Beliau menegaskan bahawa kejayaan mereka menjadi bukti bahawa TVET bukan lagi dianggap laluan kedua, sebaliknya laluan utama yang melahirkan tenaga kerja profesional berkemahiran tinggi, berdaya saing di peringkat global serta memiliki keupayaan teknologi, inovasi dan nilai keusahawanan yang tinggi.
Mengangkat slogan POLYCC: TVET For ALL sebagai tema konvokesyen tahun ini, PTSB terus komited memartabatkan pendidikan TVET demi melahirkan graduan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.
 
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat