LENSA LIPUTAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KE-19
Sidang 2 | 28 September 2025 (Ahad)
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) meraikan 214 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dalam Sidang Kedua Majlis Konvokesyen Ke-19 yang berakhir sekitar jam 5.00 petang.
Yang Berusaha Dr. Koh Ngee Loke, Pengarah Sumber Manusia, Ultra Clean Technology Malaysia Sdn. Bhd. telah menyempurnakan majlis yang penuh bersejarah ini. Dalam ucapan beliau, Dr. Koh mengucapkan tahniah kepada semua graduan serta menasihatkan mereka menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, merebut peluang dalam industri, dan mengaplikasikan teori yang dipelajari ke dalam dunia pekerjaan sebenar. Pesanannya wajar dihayati, kejayaan bukan hanya diukur dengan segulung diploma tetapi dengan kemampuan graduan memberi nilai kepada masyarakat dan negara.
Sementara itu, Pengarah PTSB, Pn. Hajah Norlili Juwita binti Arshad, menyeru para graduan supaya sentiasa berusaha memajukan diri, tabah menghadapi cabaran, serta terus mengharumkan nama PTSB sebagai alumni yang membanggakan dan duta pendidikan TVET yang berkualiti.
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat





