LENSA LIPUTAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KE-19
Sidang 3 | 29 September 2025 (Isnin)
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) meraikan seramai 337 graduan daripada Jabatan Perdagangan dalam Sidang Ketiga Majlis Konvokesyen Ke-19 yang berlangsung pada pagi ini.
Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Ghani Abdul Wahab, Pengarah Wilayah Utara, Bank Islam Malaysia Berhad. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah dan berkongsi pelbagai peluang yang ditawarkan kepada semua graduan Jabatan Perdagangan oleh Bank Islam. Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi erat antara Bank Islam dan PTSB bukan sahaja memperkukuh aspek akademik, malah berjaya melahirkan graduan yang holistik, berakhlak mulia, berdaya saing di peringkat global serta bersedia mendepani cabaran dunia pekerjaan.
Menurut Pengarah PTSB, Puan Hajah Norlili Juwita binti Arshad, graduan telah dipersiapkan bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga mental, fizikal dan emosi secara berwibawa. Beliau berpesan, “Gunakanlah segala pengetahuan, kemahiran, sikap dan keterampilan yang telah dibina sepanjang tiga tahun ini dengan sebaiknya, dan buatlah pilihan yang tepat untuk memulakan kehidupan.”
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat





