Selasa, 30 September 2025 - Unit Promosi PTSB mengadakan taklimat di SMK Dato’ Haji Hussein, disertai 18 wakil HEP, JKE, JKA, JP & JKM. Program dirasmikan oleh Pengetua sekolah.
Pelajar Tingkatan 5 diberi pendedahan tentang laluan pendidikan tinggi, kursus ditawarkan di politeknik serta peluang kerjaya. Mereka juga menyertai aktiviti hands-on dan dibimbing membuat pilihan selepas SPM 2025.
Semoga program ini memberi inspirasi untuk melangkah yakin ke menara gading.
Β 
Foto dan pelaporan:
Azira Adnan
Pegawai Promosi PTSB
Β