1 Oktober 2025 | Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah berjaya melaksanakan Program Virtual Site Visit bersama Green Control KNX, Jakarta, Indonesia pada 1 Oktober 2025. Program ini melibatkan sembilan orang pelajar serta beberapa orang pensyarah JKE dengan fokus kepada aplikasi bidang kawalan automasi elektrik menggunakan teknologi KNX dalam situasi dunia sebenar. Program ini merupakan kesinambungan daripada Pensijilan Profesional KNX Basic yang dilaksanakan pada 5 hingga 9 September 2025 di bawah kerjasama dengan pihak antarabangsa dari Belgium.
Menariknya, penganjuran program pensijilan antarabangsa KNX dan Virtual Site Visit ini turut mendapat sokongan padu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Unit Latihan dan Pembangunan Latihan (ULPL) PTSB, pihak Alumni serta sumbangan zakat daripada PSTDJ PTSB. Sokongan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan program mobiliti antarabangsa yang memberi nilai tambah kepada pembangunan modal insan TVET.
Melalui perkongsian aplikasi KNX bersama Green Control yang berpusat di Jakarta, para pelajar dan pensyarah berpeluang menimba pengetahuan serta pendedahan terkini berkaitan teknologi automasi pintar yang selaras dengan piawaian industri bertaraf dunia.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program pensijilan antarabangsa dan Virtual Site Visit ini merupakan satu inisiatif bermakna yang membuka ruang kepada pelajar PTSB untuk memperkukuh kemahiran TVET, sekaligus melahirkan tenaga kerja berkualiti dan kompeten di peringkat global.
 
Foto & Pelaporan
Ts. Amrah binti Mat Safri
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)