7 Oktober 2025 | Karnival Pendidikan dan Kerjaya SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Jawi, Pulau Pinang
Pasukan promosi dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus komited dalam usaha memperkasakan promosi pendidikan melalui penyertaan dalam Karnival Pendidikan dan Kerjaya anjuran SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Jawi, Pulau Pinang.
Program ini menjadi platform strategik untuk memperkenalkan peluang pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kejuruteraan kepada para pelajar sekolah menengah, sejajar dengan matlamat memperkasa agenda pendidikan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SMK Tun Syed Sheh Barakbah atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuh demi melahirkan generasi pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran tinggi.
Foto & Pelaporan:
Pn. Azira binti Adnan
Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEP)





