8 Oktober 2025 - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Perkenal TVET & Teknologi Kejuruteraan kepada Pelajar Sekolah
Pasukan promosi dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus melaksanakan inisiatif mendekati komuniti sekolah dengan menyertai Karnival STEM SMK Air Merah pada 8 Oktober 2025. Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang peluang pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta memperkenalkan pelbagai program kejuruteraan yang ditawarkan oleh PTSB.
Sepanjang karnival berlangsung, Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah membuka booth pameran interaktif yang menampilkan demonstrasi menarik ‘Robot Sumo’. Demonstrasi ini berjaya mencuri perhatian pelajar dan guru, sekaligus memberi gambaran langsung mengenai aplikasi teknologi dalam dunia kejuruteraan masa kini.
Sambutan yang diterima amat memberangsangkan, dengan penyertaan aktif dan minat mendalam ditunjukkan oleh para pelajar terhadap teknologi serta peluang melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal.
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak SMK Air Merah atas jemputan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Diharapkan usaha bersama ini akan terus memperkukuh kesedaran pelajar tentang potensi besar dalam bidang TVET.
Foto & Pelaporan:
Pn. Azira binti Adnan
Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEP)





