9 Oktober 2025 - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Institut Teknologi Sawit Indonesia (ITSI) dalam menjayakan Program Kolaborasi TVET: Perkongsian Ilmu, Penyelidikan dan Tanggungjawab Sosial.
 
Program ini merupakan manifestasi komitmen bersama antara PTSB dan ITSI dalam memperkukuh hubungan strategik Malaysia–Indonesia dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Inisiatif ini membuka ruang kolaborasi dalam bentuk:
a) Perkongsian akademik dan kepakaran dalam teknologi kelapa sawit
b) Pembentangan ilmiah berkaitan bidang TVET
c) Aktiviti khidmat komuniti melibatkan pelajar PTSB
Kemuncak program ini adalah Majlis Menandatangani Dokumen Aktiviti Antarabangsa (IA) antara PTSB dan ITSI, sebagai simbol komitmen dan permulaan kerjasama strategik kedua-dua institusi.
Kolaborasi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan serumpun dua negara, malah memperkukuh peranan PTSB sebagai hab TVET serantau yang progresif dan berdaya saing. Usaha ini turut menyokong Agenda POLYCC 2023–2030 yang menekankan elemen pengantarabangsaan, kelestarian global dan inovasi TVET 4.0 ke arah melahirkan graduan TVET bertaraf dunia.
 
Pelaporan:
Suryani binti Sabri
Unit Pengantarabangsaan (ILU)
 
Foto:
Aniqah Hanis binti Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)