Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan penyelidik yang telah meraih Pingat Emas dalam pertandingan SIRIM Invention, Innovation & Technology Expo (Si2TE) 2025, yang berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober 2025.
Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang staf Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), iaitu:
Ts. Faizatulhaida bt Md Isa
Ts. Noorul Amilin binti Saipudin
Pn. Latifah binti Hussain
En. Mohd Azwan bin Muhamad Kudari
En. Nasrul Hisham bin Nasir, manakala
Ts. Muhamad Sujairi bin Yusof mewakili Kolej Komuniti Tasek Gelugor.
Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, terutamanya apabila inovasi yang sebelum ini hanya meraih Pingat Perak, kini telah berjaya diangkat ke tahap lebih tinggi dengan meraih Pingat Emas. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha berterusan kumpulan penyelidik yang komited dalam menambahbaik produk inovasi mereka melalui penyelidikan berfasa, penambahbaikan berterusan, serta semangat tidak mudah berputus asa.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen, inovasi, dan kerjasama mantap dalam bidang penyelidikan serta teknologi. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada lebih ramai penyelidik untuk terus berkarya dan mencipta inovasi yang memberi impak positif kepada masyarakat dan negara.
Foto & Pelaporan:
Ts. NOORUL AMILIN BINTI SAIPUDIN
Pereka Grafik:
AHMAD FAIDZ MD. ISA
Pusat Pembelajaran Digital & Multimedia (PPDM)





