MENJELAJAH DUNIA GEOMATIK:
PTSB PERKASA MINAT GENERASI MUDA DALAM BIDANG UKUR TANAH
 
6 OKTOBER 2025 | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melalui Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan Program Jelajah Geomatik@PTSB 2025 sebagai inisiatif memperkenalkan serta mempromosikan bidang Geomatik bukan sahaja kepada pelajar Diploma Geomatik, tetapi turut diperluas kepada komuniti sekitar PTSB.
Program ini melibatkan penyertaan SMK Siong, sekolah angkat di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam, bagi memberi pendedahan awal tentang peranan dan prospek kerjaya sebagai Juruukur Tanah.
Kehadiran istimewa LSr Abdul Hadi Bin Abdul Samad, Ahli Jawatankuasa Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), telah menyerikan lagi program dengan perkongsian tentang fungsi dan peluang yang ditawarkan oleh RISM.
Melalui penganjuran program ini, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada bidang Geomatik, malah turut berpeluang menimba ilmu, menjana idea serta menanam minat untuk meneroka dunia kerjaya sebagai seorang Juruukur Tanah profesional.
 
Foto & Pelaporan:
NURUL AMIRA BINTI DIN
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)