16 Oktober 2025 | Pihak Ultra Clean Technology (M) Sdn. Bhd. (UCTM) telah hadir ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bagi mengadakan sesi temuduga pelajar-pelajar semester 5 daripada program Diploma Teknologi Pembuatan (DTP), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM).
Sesi temuduga ini bertujuan untuk pemilihan pelajar bagi program latihan industri, di mana seramai 25 pelajar akan ditawarkan tempat di syarikat tersebut.
Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan syarikat oleh Dr. Koh Ngoke Loke, Pengarah Sumber Manusia (HR Director) UCTM. Turut hadir ialah bekas pelajar PTSB, Encik Ong Soon Jin, yang kini merupakan pekerja tetap di UCTM, bagi berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para pelajar.
Seramai 40 orang pelajar telah menghadiri sesi temuduga dan menjalani ujian Matematik mulai 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Enam (6) orang wakil daripada bahagian sumber manusia UCTM turut hadir menjayakan sesi ini.
Para pelajar turut diberikan roti dan air kotak semasa sesi menunggu giliran. Sepanjang sesi berlangsung, suasana temuduga berjalan dengan lancar dan harmoni, dan pelajar menunjukkan minat yang tinggi untuk menyertai UCTM sebagai platform permulaan kerjaya mereka.
Foto & Pelaporan:
SHARIZAN BINTI ABDUL HALIM
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), PTSB





