22 Oktober 2025 - Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada kumpulan Inkubator UKES, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Innopreneur 3.0 yang telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan pada hari ini.
Pasukan pelajar PTSB telah membuktikan bahawa inovasi dan semangat keusahawanan dalam kalangan warga politeknik berada di tahap yang membanggakan. Melalui usaha gigih, kreativiti luar biasa dan bimbingan mentor yang berdedikasi, pasukan ini berjaya membawa pulang 6 pencapaian gemilang, dengan jumlah kemenangan bernilai RM1,100.00 secara keseluruhan!
 
Senarai Pencapaian:
 
Inkubator ChillTopia
 Tempat Pertama Produk Inovasi Perniagaan (RM400)
 Tempat Ke-3 Anugerah Showcase (RM200)
 Sijil Anugerah Khas POLYCC (RM100)
 Pn. Fazaliana binti Zamzuri
 
Tempat Ke-3 Mentor Terbaik (RM200)
Inkubator Botanisa
 Sijil Anugerah Khas POLYCC (RM100)
 
Inkubator Boltbuddy
 Sijil Anugerah Khas POLYCC (RM100)
 
Lebih membanggakan apabila diumumkan bahawa kesemua kumpulan Inkubator PTSB berjaya membawa pulang pingat emas dan menembusi Top 10 daripada 43 kumpulan yang bertanding.
Tiga-tiganya padu — hebat betul!
Syabas dan tahniah kepada semua peserta, mentor, serta seluruh warga Inkubator UKES PTSB atas pencapaian luar biasa ini. PTSB terus unggul sebagai platform pembangunan usahawan muda TVET yang inovatif dan berdaya saing.
Terus mara, terus menyinar, anak-anak PTSB!
 
Pelaporan & Foto:
NURHUDA BINTI ISMAIL
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)