Kuantan, 9 Oktober 2025 | Program Bridge Innovation Challenge (BIC 2025) anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah berlangsung dengan jayanya pada 8 hingga 9 Oktober 2025 bertempat di Dewan Sri Mahkota, POLISAS. Pertandingan berprestij ini menarik penyertaan 43 pasukan dari pelbagai Politeknik Malaysia (POLYCC), IPTA dan IPTS seluruh negara.
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) turut menyertai pertandingan ini dengan menghantar dua kumpulan yang terdiri daripada enam orang pelajar, diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring sebagai wakil institusi.
 
Tahniah diucapkan kepada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang berjaya mencipta kejayaan gemilang apabila dinobatkan sebagai:
a) JUARA & NAIB JUARA – Anugerah Keseluruhan
b) TEMPAT PERTAMA & TEMPAT KEDUA – Anugerah Pembinaan Jambatan Terbaik
 
Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal dan kreativiti kejuruteraan, malah memperkukuh kerjasama berpasukan, pemikiran kritikal, dan keyakinan diri peserta dalam menghadapi cabaran dunia sebenar.
Tahniah kepada semua peserta & pemenang!
 
Foto & Pelaporan:
NORFAZLIANA BINTI JEMALI
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)