28 Oktober 2025 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengharumkan nama di peringkat serantau apabila berjaya meraih Naib Johan (1st Runner Up) sempena Data Hackathon POLYCC v2.0 ASEAN Challenge yang berlangsung di Permai Hotel, Kuala Terengganu.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Ida Safinar binti Aziz serta pasukan pelajar PTSB atas dedikasi, semangat kerjasama dan kemahiran tinggi yang ditunjukkan!
Turut bersama mengiringi para pelajar ke pertandingan ini ialah Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK), Ts. Norizah binti Md Ishak.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan ketangkasan pasukan PTSB dalam mengaplikasikan kemahiran analisis data dan inovasi digital. Tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini! Teruskan kecemerlangan dan semangat inovasi menuju PTSB Gemilang!
Pemakluman & Foto:
Ts. NORIZAH BINTI MD ISHAK





