28 Oktober 2025 - Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus mencipta kecemerlangan apabila berjaya meraih tempat pertama dalam Kategori Animasi & Multimedia sempena 2nd Innovation Showcase in Digital Technology 2025 (ISDIG’25) yang diadakan pada hari ini di Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Jabatan Perdagangan PTSB serta penyelia, Dr. Geetha a/p Nadesan atas usaha gigih yang membawa kepada kejayaan gemilang ini!
Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan kreativiti pelajar PTSB dalam mengintegrasikan teknologi digital, inovasi dan seni multimedia dalam menghasilkan projek berimpak tinggi serta relevan dengan keperluan industri semasa.
Teruskan kecemerlangan dan semangat inovatif menuju PTSB Gemilang!
Pemakluman & Foto:
EN. ABDUL AZIZ BIN ISHAK
Ketua Jabatan Perdagangan (JP)





