Unit Pengurusan Jaminan Kualiti, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menganjurkan Bengkel Pemurniaan dan Semakan Dokumen Self-Assessment Report (SAR) bagi Program Diploma Kejuruteraan pada 22 Oktober 2025 bertempat di Bilik Seminar ULPL.
Bengkel ini melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Jabatan, Ketua Program, Penolong Ketua Program serta Penyelaras Akreditasi Jabatan.
Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Che Maznah binti Mat Isa, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selaku penceramah jemputan. Objektif utama bengkel adalah untuk:
a) Meneliti dan menambah baik dokumen Self-Assessment Report (SAR) bagi memenuhi piawaian ETAC 2024.
b) Menyemak kandungan kurikulum agar seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri semasa.
c) Memastikan kesediaan PTSB menuju Akreditasi Cemerlang 2025.
Antara pengisian bengkel termasuklah perbandingan Manual ETAC 2020 dan ETAC 2024, serta penerangan menyeluruh Criterion 1 hingga Criterion 7 oleh penceramah. Peserta turut berpeluang berkongsi pandangan dan idea dalam memperkukuh laporan SAR setiap program.
Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi impak positif terhadap kesiapsiagaan akademik dan penambahbaikan berterusan sistem kualiti di PTSB.
Foto & Pelaporan:
MASNIZA BINTI MUSA
Unit Pengurusan Jaminan Kualiti (UPJK)





