Hatyai, 28 Oktober 2025 – Program “12th International Research Symposium” yang dianjurkan oleh Prince of Songkla University (PSU), Thailand merupakan salah satu inisiatif jaringan hubungan antarabangsa antara Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan PSU. Program ini berfokus ke arah melahirkan graduan holistik yang bercirikan keusahawanan dan seimbang, selain menjadi platform akademik serta keusahawanan yang menghimpunkan pelajar dari kedua-dua institusi.
Seramai 33 orang pelajar JKA, PTSB yang mengikuti kursus Keusahawanan telah menyertai sesi pembentangan secara atas talian. Pensyarah kursus berkenaan, Ts. Nurhuda binti Ismail, telah dijemput sebagai Panel Juri (Commentator) dan hadir secara fizikal ke PSU. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyerahkan cenderahati daripada pihak PTSB kepada Assoc. Prof. Theerawat Hungsapruek, Dekan Fakulti Sains Pengurusan PSU, sebagai tanda penghargaan atas penerimaan PTSB sebagai rakan strategik.
Melalui penglibatan pelajar dan komuniti akademik dari dua negara serumpun ini, program berkenaan berjaya memupuk kefahaman rentas budaya, memperkasakan pendidikan lestari, serta meningkatkan pengetahuan dan inspirasi keusahawanan dalam kalangan pelajar JKA, PTSB. Program ini turut menyokong aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan POLYCC dalam memperkukuh jaringan pengantarabangsaan serta membudayakan nilai-nilai mampan di institusi pendidikan tinggi.
Foto & Pelaporan:
TS. NURHUDA BINTI ISMAIL
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)





