05 Januari 2026 | Majlis Pelancaran PTSB-GO, sebuah sistem inovatif yang dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (UTMK) telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Hajah Norlili Juwita binti Arshad sempena Minggu Transformasi Siswa tengahari tadi.
Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Sokongan Akdemik, Barisan Ketua Jabatan dan Unit serta semua pelajar baharu Sesi II 2025/2026.
PTSB-GO merupakan sistem digital yang direka bagi mendigitalkan serta mengautomasikan proses permohonan, kelulusan dan pengurusan rekod keluar masuk harian serta pulang bermalam pelajar Kamsis PTSB. Sistem ini dibangunkan menggunakan pendekatan Progressive Web App (PWA) yang membolehkan akses mudah melalui telefon pintar manakala integrasi teknologi RFID memastikan rekod pergerakan pelajar direkodkan secara tepat dan masa nyata.
Objektif pembangunan Sistem PTSB-GO:-
- Mengurangkan masa pemprosesan permohonan outing pelajar
- Memastikan ketepatan rekod masa keluar dan masuk pelajar melalui penggunaan teknologi RFID sekali gus menghapuskan ralat data.
- Menyediakan makluman LEWAT secara automatik melalui papan pemuka Pengawal dan Warden bagi pelajar yang tidak masuk semula mengikut masa ditetapkan
- Menyediakan platform digital berasaskan PWA yang boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan seperti pelajar dan warden melalui peranti mudah alih
Dengan pelaksanaan PTSB-GO, pengurusan aktiviti harian pelajar menjadi lebih sistematik, pantas dan efisien selaras dengan aspirasi PTSB ke arah pendigitalan serta pengukuhan budaya inovasi dalam TVET.
Foto:
Aniqah Hanis binti Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Pemakluman:
Hajaratul binti Ahmad
Ketua Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTMK)
#PTSB
#POLYCC
#TVETForAll






