Program 2025 BRICS – The First Industry–Education Integrated AI-Enabled Teaching Design Competition telah berlangsung pertengahan Disember yang lalu bagi berkongsi amalan terbaik dalam reka bentuk pengajaran berasaskan integrasi industri dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bertempat di Guangdong Polytechnic, Foshan, Guangzhou, China.
Pertandingan ini bertujuan menggalakkan inovasi dalam reka bentuk pengajaran berorientasikan industri, memperkukuh integrasi AI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta meningkatkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri di peringkat antarabangsa.
Dalam pertandingan ini, Puan Siti Hajar binti Ismail, pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah bekerjasama dengan Liu Wenjuan dari Liaoning Mechanical and Electrical College of Technology, China, melalui pembentangan bertajuk “AI Use in Teaching for the Construction and Debugging of Hydraulic Systems for CNC Machining Centers.”
Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan teknologi AI dalam reka bentuk pengajaran bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembinaan, pemasangan dan penyahpepijatan sistem hidraulik dalam pusat pemesinan CNC, selari dengan keperluan industri pintar.
Penyertaan ini telah meraih Pingat Perak sekali gus membuktikan keupayaan pensyarah Politeknik Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa serta menyerlahkan potensi kerjasama rentas negara dalam inovasi pengajaran berasaskan AI.
Secara keseluruhan, penyertaan ini memberi impak positif terhadap pemantapan kemahiran pedagogi berasaskan teknologi, peningkatan pengetahuan profesional serta peluasan jaringan kerjasama antarabangsa, selaras dengan aspirasi PTSB melahirkan graduan TVET yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran industri masa hadapan.
Foto dan pelaporan:
Siti Hajar binti Ismail
#KPJPPKK
#KementerianPendidikanTinggi
#KetuaSetiausahaNegara
#TKSUPP
#PTSB
#POLYCC
#TVETForAll





