8 Januari 2026 | Program Zumbeat dan Pengenalan Gimnasium anjuran PUSPANITA bersama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah dilaksanakan pada pagi ini. Program ini merangkumi aktiviti kecergasan Zumbeat sebagai usaha pembentukan fizikal yang menyeronokkan di samping sesi pengenalan serta pendedahan berkaitan kaedah penggunaan peralatan gimnasium yang betul bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan senaman.
Inisiatif ini bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga PTSB khususnya kaum wanita, selaras dengan komitmen berterusan institusi dalam mewujudkan persekitaran kerja yang seimbang, sihat dan produktif.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA, warga JSKK serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan demi kesejahteraan warga PTSB.
Foto & Pelaporan:
Nina Azlina Zakaria
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)





