12 Januari 2026 | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat AMS Autospec, Kulim Hi-Tech Park bagi membincangkan potensi kerjasama jangka panjang dalam penyediaan tenaga kerja berkualiti dalam bidang perakaunan. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Nurhaida binti Abdullah Hadi, Ketua Corporate Industry Services and Employability Center (CISEC), dan disertai oleh beberapa pegawai serta pensyarah PTSB.

Pertemuan ini selaras dengan hasrat AMS Autospec, sebuah syarikat pusat servis kenderaan yang mempunyai lebih 20 cawangan di Pulau Pinang dan Kedah, untuk menjalin hubungan strategik bersama PTSB melalui penempatan pelajar bagi Latihan Industri serta pelaksanaan program peningkatan kebolehpasaran graduan, khususnya Diploma Perakaunan.

PTSB amat berbesar hati menyambut baik tawaran kerjasama ini kerana ia diyakini mampu memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan industri (academia–industri), di samping menyediakan peluang jangka panjang untuk melahirkan tenaga kerja profesional dalam bidang perakaunan. Kerjasama ini juga berpotensi memenuhi keperluan industri automotif, terutamanya dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan sokongan perniagaan.

Foto:
Aniqah Hanis binti Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Pelaporan:
Nurhaida binti Abdullah Hadi
Corporate Industry Services and Employability Center (CISEC)