KULIM | 14 Januari 2026 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) memeterai Majlis Penandatanganan Surat Hasrat (Letter of Intent) bersama Myinvent Technologies Sdn. Bhd. yang berlangsung di PTSB, hari ini. Majlis penandatanganan tersebut telah disempurnakan oleh Hajah Norlili Juwita binti Arshad bagi pihak PTSB dan Ts. Mohamad Ariffin bin Zulkifli, Pengarah Urusan Myinvent Technologies Sdn. Bhd. disaksikan oleh Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali, Timbalan Ketua Pengarah Akademik dan Encik Mohd Khairul Anuar bin Haron, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam.

Turut hadir ialah Ahli Penyelidik Geran T-AIGS yang diketuai oleh Puan Nor Ashikin binti Marzuki, bersama wakil dari POLIMAS, PUO dan PTSB, selain Ketua Unit CISEC PTSB, Puan Nurhaida Abdullah Hadi serta Ketua Penyelaras Kolaborasi PTSB, Encik Md Ashraf bin Mohamed.

Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen bersama dalam pembangunan modal insan, pemerkasaan pendidikan TVET dan peningkatan kebolehpasaran graduan melalui perkongsian ilmu serta kepakaran industri–akademia. Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi POLYCC dalam memperkukuh jaringan industri–komuniti–akademia menerusi pelaksanaan program berimpak tinggi.

PTSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Myinvent Technologies Sdn. Bhd. atas kesediaan menjalin kerjasama strategik ini.

Pelaporan:
Syahida binti Abu Bakar
Ahli Penyelidik Geran T-AIGS
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)

Foto:
Aniqah Hanis binti Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)