21 Januari 2026 | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kunjungan daripada Malaysia–Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membincangkan potensi kerjasama akademik dan laluan pengajian lanjutan untuk warga PTSB.

Sesi perbincangan ini memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah PTSB mengenai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat pascasiswazah, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang mengintegrasikan amalan serta budaya pendidikan kejuruteraan Jepun.

MJIIT sebagai institusi yang mengukuhkan hubungan pendidikan Malaysia–Jepun turut menawarkan pendedahan kepada jaringan akademik dan industri antarabangsa, sekali gus menyokong pembangunan graduan TVET yang berdaya saing serta bersedia meneroka peluang kerjaya global termasuk dalam ekosistem industri Jepun.

Inisiatif ini selari dengan usaha PTSB memperkasa laluan pendidikan TVET ke peringkat lebih tinggi dan memperluas horizon kebolehpasaran graduan.

Foto:
Aniqah Hanis binti Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)