MERLIMAU, 26 Januari 2026 | Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) 2026 telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka (PMM).
Majlis ini turut dihadiri oleh para pengarah politeknik dan kolej komuniti serta disertai oleh seluruh warga POLYCC secara dalam talian dari institusi masing-masing. Bertemakan “Reformasi POLYCC Memacu Lonjakan TVET Negara”, amanat KPPK menghuraikan hala tuju strategik serta mandat penting bagi memperkukuh peranan POLYCC selari dengan agenda pembangunan negara selain menyorot pelbagai pencapaian POLYCC sepanjang tahun 2025.
Dalam amanat tersebut, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) turut diberi pengiktirafan menerusi pelaksanaan program Ijazah Sarjana Muda berasaskan Work-Based Learning (WBL) dalam bidang Elektrikal dan Elektronik, selaras dengan keperluan industri dan pembangunan bakat TVET berimpak tinggi.
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
#POLYCC
#TVETForAll





