Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menerima kunjungan daripada Universiti Perdana yang diketuai oleh Datuk Ts. Dr. Mohd Razali bin Muhamad, Naib Canselor Universiti Perdana, bersama wakil pengurusan universiti. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik PTSB bersama Log. Abdul Aziz bin Ishak, Ketua Jabatan Perdagangan.

Perbincangan utama tertumpu kepada penawaran melanjutkan pengajian di peringkat ijazah khusus bagi pelajar Jabatan Perdagangan dengan penekanan terhadap kesinambungan akademik, peluang kerjasama strategik serta usaha memperkukuh kebolehpasaran graduan melalui laluan pendidikan yang lebih luas dan berdaya saing.

Foto dan pelaporan:
Nur Haida Abdullah Hadi
CISEC