29 Januari 2026 | Mesyuarat Pengurusan PTSB 1/2026 telah berlangsung pada pagi ini susulan amanat dalam Majlis Aspirasi KPPK, dengan memberi tumpuan kepada penetapan hala tuju strategik PTSB bagi tahun 2026. Dalam perbincangan tersebut, Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah PTSB menegaskan bahawa pelajar merupakan teras kewujudan institusi; tanpa pelajar, tiada peranan dan tiada makna kepada fungsi PTSB. Prinsip ini terus menjadi asas kepada setiap keputusan dan perancangan yang digerakkan.

Mesyuarat turut mengangkat tiga nilai teras yang diumumkan dalam amanat KPPK iaitu hormat, integriti dan kemampanan sebagai panduan budaya kerja serta tadbir urus institusi yang mampan dan berimpak tinggi. Selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, True North POLYCC turut diselaraskan daripada fokus melahirkan pelajar separa profesional kepada peranan yang lebih strategik sebagai penyedia program TVET dan laluan PSH Malaysia dalam penyediaan Pendidikan Teknikal Profesional (PTE) bagi menyokong pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi negara.

PTSB komited untuk terus melangkah ke hadapan secara progresif, berfokuskan kualiti, relevan dengan keperluan industri dan berteraskan keperluan pelajar.