29 Januari 2026 | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berbesar hati menerima kunjungan Dato’ Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia dalam satu sesi perkongsian bermakna bersama warga PTSB. Dalam sesi tersebut, Dato’ Dr. Roslan berkongsi peranan Akademi Kenegaraan Malaysia dalam menerajui pendidikan kenegaraan negara khususnya dalam membentuk nilai, jati diri dan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

Beliau menekankan kepentingan menjadi contoh terbaik dalam setiap peranan yang digalas, berpegang kepada prinsip itqan fil ‘amal dengan memastikan setiap usaha memberi manfaat serta menyumbang secara berfungsi ke arah pencapaian matlamat institusi selari dengan kerangka Malaysia MADANI. Antara mesej utama yang ditekankan ialah keperluan untuk sentiasa mensyukuri nikmat menjadi rakyat Malaysia, hidup dan membesar sebagai warganegara di sebuah negara yang aman, stabil dan berdaulat.

PTSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia atas perkongsian berimpak ini yang memperkukuh nilai kenegaraan dalam kalangan warga PTSB.

Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)