KULIM, 3 Februari 2026 | Majlis Perasmian dan Penandatanganan Kolaborasi Penyelidikan Geran TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) antara Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan Pusat Pemurnian Mushaf Al-Quran, Maahad Tahfiz Ibnu Sina berlangsung sempurna bertempat di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim.
Majlis telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Kolaborasi ini merangkumi pelaksanaan projek bertajuk “Pembangunan Rumah Pengering Al-Quran Termaju dengan IoT Menggunakan Kaedah Solar” yang mengintegrasikan teknologi IoT, automasi pintar dan tenaga solar bagi memastikan proses pengeringan mushaf Al-Quran dapat dilaksanakan secara selamat, terkawal, cekap tenaga berteraskan kelestarian.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen PTSB dalam menerajui penyelidikan gunaan TVET yang berimpak tinggi, menggabungkan kepakaran teknologi dengan keperluan komuniti dengan mengutamakan nilai-nilai kesucian Islam.
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)






